Dengan Samsung SmartThings, Semua Peranti Berhubung Di Rumah Boleh Dikawal Daripada Peranti Pintar
Amir Zaki
Apabila melibatkan tenaga elektrik di rumah, selalunya perkara yang anda lupa adalah untuk menutup suis lampu, televisyen atau penyaman udara. Begitu juga dengan apabila anda malas untuk bangun dari katil atau sofa untuk menutup suis. Tapi dengan kehadiran teknologi Samsung SmartThings pada peranti Galaxy terutamanya untuk siri Samsung Galaxy Z, semua itu boleh anda laksanakan dengan hanya menggunakan telefon di tangan.

Menikmati Keselesaan Dan Keselamatan Hanya Pada Peranti
Kehadiran teknologi SmartThings memang mengubah produktiviti harian anda apabila menggunakannya. Anda tidak perlu lagi untuk bangun daripada katil ataupun sofa semata-mata hanya untuk menutup suis televisyen ataupun mesin basuh. Semua itu anda boleh kawal dengan hanya di hujung jari pada peranti anda. Kerja-kerja anda jadi lebih mudah, jimat tenaga dan masa serta data anda akan sentiasa selamat. Barulah anda boleh menikmati keselesaan dengan cara yang lebih seronok dengan hanya menggunakan SmartThings.

Antaramuka Yang Mesra Dan Baharu
Urus tugasan harian kini lebih mudah dengan kehadiran SmartThings yang menyatukan semua kawalan rumah pintar anda dalam satu aplikasi. Melalui fungsi Home Insight, anda boleh menikmati paparan menyeluruh mengenai keadaan rumah anda dalam bentuk ringkas dan teratur. Tidak perlu lagi meneka atau menyemak satu per satu peranti segalanya dipaparkan secara jelas terus di hujung jari.
Lebih daripada itu, anda juga boleh membina Home Routine baharu dengan mudah menggunakan peranti sedia ada di rumah. Tambahan pula, fungsi Device Control membolehkan telefon pintar siri Samsung Galaxy Z anda bertindak sebagai alat kawalan peribadi untuk semua peranti kegemaran. Sama ada mahu menyalakan lampu, mengawal suhu penyaman udara, atau menghidupkan TV, semuanya boleh dilakukan hanya dengan satu aplikasi menjadikan hidup anda lebih tersusun, ringkas, dan efisien.
Sambungan Mudah Antara Peranti

Bayangkan rumah anda boleh diurus dengan lebih mudah, hanya dengan sentuhan ringkas. Melalui SmartThings, proses sambungan kini jadi lebih lancar sebaik sahaja anda menghampiri sesuatu peranti, pop-up automatik akan muncul untuk memudahkan pendaftaran tanpa perlu langkah yang rumit. Malah, anda boleh mengajak ahli keluarga atau rakan untuk turut sama mengawal ekosistem pintar rumah anda dengan hanya mengimbas kod QR. Semuanya berlaku dalam sekelip mata, menjadikan pengalaman berkongsi lebih pantas dan juga mesra.
Apa yang lebih menarik, SmartThings turut hadir dengan paparan 3D yang membolehkan anda melihat dan mengurus seluruh rumah anda dari mana sahaja. Kawalan peranti juga jadi lebih mudah, cukup sekadar berdiri berdekatan dengan peranti SmartThings, paparan Quick Remote akan muncul bagi membolehkan anda mengawal fungsi dengan segera. Ringkas, pintar, dan direka untuk memudahkan gaya hidup moden anda.

Dengan Built-in SmartThings Hub, pengalaman rumah pintar anda kini bermula dengan lebih mudah tanpa memerlukan hub berasingan. Setiap produk Samsung sedia menyokong sambungan terus, menjadikan proses penyediaan lebih pantas dan lancar. Hanya dengan satu peranti, anda boleh mengurus dan mengawal pelbagai kelengkapan pintar di rumah, tanpa tambahan aksesori atau pemasangan yang rumit. Inilah cara paling ringkas untuk memulakan gaya hidup pintar bersama ekosistem Samsung.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, SmartThings menjadikan pengurusan rumah pintar lebih mudah, pantas, dan mesra pengguna. Dengan sambungan automatik, kawalan 3D, rutin harian yang tersusun serta hub terbina dalam, anda boleh menikmati pengalaman rumah pintar tanpa kerumitan. Inilah solusi terbaik untuk gaya hidup moden yang mahukan keselesaan, kawalan penuh, dan efisiensi dalam setiap aspek kehidupan seharian bersama ekosistem Samsung.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.