Malaysia Oversight

Wee persoal dakwaan KPT angka ’85 tempat’ perakaunan

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 3 minute
Wee persoal dakwaan KPT angka ’85 tempat’ perakaunan


Presiden MCA, Wee Ka Siong melancarkan kritikan terbarunya terhadap Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan mempertikai angka yang disebut kementerian itu pada kenyataannya berhubung rungutan pelajar cemerlang STPM, Edward Wong.

Secara khusus, Wee menekankan bahawa walaupun kenyataan semalam mendakwa Universiti Malaya (UM) hanya menawarkan 85 tempat bagi program perakaunannya, data rasmi daripada universiti terkemuka negara mengenai jumlah graduannya menimbulkan keraguan terhadap angka itu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada rekod UM, Wee berkata pada 2011 universiti itu melahirkan 169 graduan perakaunan, diikuti 195 pada 2012, dengan purata sekitar 150 orang sehingga 2024.

“Kenapa data daripada Jabatan Pendidikan Tinggi yang kawal selia semua uni, kata UM hanya beri 85 tempat, itu persoalnnya, walhal ini rekod dari 2011 to 2024, jelas tunjukkan graduan lebih besar,” soalnya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

38ff3f50696ac3ec0d5ac98fdf4a69a9

“Siapa yang tak beri tahu dengan jujur?

“Di mana simpannya tempat-tempat laluan yang menghasilkan jumlah graduan (perakaunan) yang begitu besar,,” soal Wee lagi.

Semalam, Ketua Pengarah KPT, Azlinda Azman dilaporkan berkata bahawa meskipun Wong memperoleh PNGK 4.0 dengan merit 99.9 peratus, kedudukan permohonannya dalam program perakaunan berada jauh di belakang calon lain yang mencatat merit penuh 100 peratus.

“Sebagai contoh, di Universiti Malaya terdapat 2,291 permohonan layak dengan 1,127 merit penuh untuk program perakaunan.

“Calon berkenaan berada di kedudukan ke-1,129 sedangkan hanya 85 tempat disediakan untuk program tersebut,” lapor Bernama memetik kenyataannya.

e65180fb9fe4c29c403c278ce685ec2e

KPT kemudian mengeluarkan kenyataan melalui Jabatan Pendidikan Tingginya mengenai perkara itu, mengulangi angka yang disebut Azlinda sambil memberi jaminan bahawa sistem kemasukan berpusat universiti awam (UPU) berasaskan meritokrasi dan syarat lain.

Ada kriteria lain tak?

Pertikaian Wee hari ini turut disahut oleh Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang merujuk angka serupa berdasarkan testimoni wakil pelajar.

Persatuan itu juga menggesa pihak universiti menjelaskan mekanisme pemilihan serta kriteria yang digunakan dalam memilih hanya 85 calon daripada 1,127 pemohon dengan “markah penuh”.

b3b5b6c4a4a63ee30325fb9291cdd347

“Apabila semua pemohon sudah mencapai markah tertinggi yang mungkin, mekanisme adil dan konsisten apa yang digunakan untuk menilai mereka seterusnya?

“Adakah sistem ini benar-benar mencerminkan penilaian yang telus dan saksama?” soal persatuan itu pada satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wee berhujah meskipun UM hanya menawarkan 85 tempat bagi program perakaunannya, ini bermakna pelajar bagi “kursus kritikal” itu membentuk “kurang daripada satu peratus” daripada jumlah enrolmen UM untuk 2024.

“Kalau dikatakan ramai pelajar mendapat markah tinggi, di mana 60,000 akauntan yang diperlukan di Malaysia? Kita hanya ada sekitar 30,000 sekarang,” dakwanya.

167e1a640e06779b761f05c722cdddef

Presiden MCA itu turut menyoal pihak mana yang menentukan UM hanya menawarkan 85 tempat untuk pelajar perakaunan, sambil mempersoalkan sama ada keputusan itu dibuat secara sewenang-wenangnya di tengah-tengah lambakan pemohon berprestasi tinggi.

Menyentuh tawaran UM kepada Wong untuk mendaftar ke kursus pilihannya melalui sistem pengambilan terus kontroversi “Satu” yang menelan kos sehingga “10 kali ganda lebih tinggi”, Wee menegaskan tawaran itu membuktikan pelajar tersebut sebenarnya layak untuk kursus berkenaan – cuma jika dia mampu membayar yuran.

Bekas menteri itu juga menarik perhatian bahawa UM telah mengeluarkan tawaran tersebut kepada Wong beberapa bulan sebelum dia menerima pengesahan mengenai permohonan UPU-nya yang ditolak, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa universiti itu mungkin mengutamakan keuntungan.

[Baca berita asal]



Source link