Malaysia Oversight

SPRM percaya menantu Muhyiddin di Timur Tengah

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
SPRM percaya menantu Muhyiddin di Timur Tengah


SPRM percaya ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Adlan Berhan – yang juga menantu Yassin – mungkin berada di negara Timur Tengah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata mereka telah meminta pasport Adlan, yang tidak dapat dikesan selama dua tahun, dibatalkan.

“Kami telah mengambil beberapa tindakan semalam dan kami berharap KDN bersetuju dengan permintaan kami untuk membatalkan pasport beliau.

“Saya dengar dia berada di negara Timur Tengah. Saya tidak boleh mendedahkan nama negara itu tetapi ia adalah negara yang kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi,” kata Azam dipetik NST hari ini.

Pada mulanya, SPRM meminta Adlan dan peguam Mansoor Saat untuk membantu dalam menyiasat projek berkaitan penyelewengan pendaftaran biometrik, pengambilan dan penyimpanan data pekerja asing untuk kementerian .

Pada Februari tahun lalu, Azam berkata Adlan akan menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah.

Adlan, melalui peguamnya, pada Ogos 2023 menafikan sedang melarikan diri daripada undang-undang. Dia mendakwa telah meninggalkan negara atas urusan perniagaan, dan berjanji akan kembali ke Malaysia jika tiada unsur “ancaman dan penganiayaan”.



Source link