Malaysia Oversight

Zuraida dedah punca konflik dengan Anwar

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
Zuraida dedah punca konflik dengan Anwar


Bekas naib presiden , Zuraida Kamaruddin hari ini mendakwa dia menyerang presiden , Ibrahim berikutan pelantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebagai setiausaha politiknya, dengan mempersoalkan kredibilitinya.

Dalam temu bual podcast yang mengimbas kembali peristiwa yang membawa kepada ‘Langkah Sheraton’ yang menumbangkan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, Zuraida berkata dia marah dengan pemilihan Farhash dan telah bersemuka dengan .

Menurutnya, kemarahannya itu semakin memuncak dengan dakwaan menggunakan kedudukannya sebagai presiden untuk memihak kepada calon tertentu, termasuk didakwa menghubungi beberapa bahagian parti bagi mengumpulkan sokongan untuk individu yang bersekutu dengannya.

Antaranya, dia menamakan pengarah pilihan raya PKR dan setiausaha agung parti ketika itu, Saifuddin Nasution Ismail sebagai individu yang disokong Anwar.

“Kami memang dah konflik dengan Anwar. Kumpulan kami memang dah konflik. Kerana apa? Waktu pemilihan parti ketika itu, kumpulan saya – sudah tentulah saya bersama pasukan Azmin – dan dia, Anwar sokong Rafizi ketika itu.

“Tidak sebenarnya, Saifuddin. Jadi kita marah. Kerana sebagai presiden, buat kali pertama jadi presiden, kamu patut neutral.

“Kamu tidak boleh call (hubungi) bahagian cakap eh ‘kamu kena sokong orang ini, kamu mesti sokong orang itu’, Itu tidak betul, dan kami tahu. Kami tahu itu yang berlaku. Jadi kami fikir, baiklah, kami akan berjuang, pastikan kami menang.

“Bila kita dah memang, mungkin kita dah dalam jawatankuasa pusat (MPP), kita dah kat situ ramai, kita boleh okey, boleh berunding la. Jadi team kita orang menang. So tiga suku daripada MPP terdiri daripada kumpulan kita orang. Saya dapat jadi naib presiden, Azmin timbalan presiden,” katanya, merujuk kepada Azmin Ali.

Menurut bekas menteri perumahan dan tempatan serta bekas ahli Parlimen Ampang itu, bagaimanapun Anwar menafikan peluang kumpulannya dan Azmin dalam pelantikan-pelantikan utama.

[Berita penuh menyusul]



Source link