U Mobile Perluaskan Liputan Ultra5G Di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Amy Maizuraa
U Mobile telah mengaktifkan rangkaian ULTRA5G sepenuhnya di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Ini menjadikan hotel tersebut antara yang pertama di Malaysia dengan liputan 5G generasi baharu di setiap tingkat dan ruang.

Pelaksanaan ini direalisasikan melalui kerjasama dengan EDOTCO yang menyediakan sistem liputan dalam bangunan (IBC) bagi memastikan sambungan internet yang stabil di seluruh premis. Pelancaran ini juga menyusul selepas kejayaan U Mobile memperluas rangkaian ULTRA5G ke lokasi-lokasi utama seperti Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1, Putrajaya dan Kota Kinabalu.
Menurut U Mobile, pelanggan yang melanggan pelan mereka boleh menikmati rangkaian ULTRA5G di seluruh kawasan hotel termasuk dewan, bilik mesyuarat, ruang acara dan kawasan umum. Sambungan berkelajuan tinggi ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong dan pengguna korporat dengan jaminan pengalaman internet yang stabil dan lancar sepanjang masa.

Kerjasama antara U Mobile dan EDOTCO merupakan sebahagian daripada inisiatif peluasan rangkaian ULTRA5G ke lokasi berimpak tinggi di seluruh negara. Kedua-dua syarikat merancang untuk memperluas liputan ini ke lapangan terbang, hospital dan pusat konvensyen, dengan sasaran mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk menjelang separuh kedua tahun 2026.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.