Malaysia Oversight

MIPP tak akan tuntut jawatan PM

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), sebuah parti komponen PN, akan menentukan calon perdana menteri pilihan mereka pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu tahun ini, kata presidennya P Punithan.

Terdahulu, sekutu mereka tidak memberi reaksi positif berhubung keputusan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada 7 September yang meluluskan usul menamakan Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11.

“Setakat ini, hanya satu nama yang telah dikemukakan secara rasmi, iaitu Yassin.

“Bagi MIPP, sama ada mahu menamakan mana-mana calon, menyokong atau tidak, perkara ini akan diputuskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Parti nanti.

“Apa yang jelas, MIPP tidak menuntut jawatan perdana menteri, tetapi itu tidak bermaksud kami tidak akan menyokong atau memilih calon yang kami rasakan paling layak sebagai calon perdana menteri.

“Dan kami juga mahu bincang tentang kedudukan MIPP dalam yang bakal dibentuk,” katanya kepada Malaysiakini.

Punithan berkata PN merupakan gabungan parti yang menghormati prinsip konsensus, serta kebebasan dan autonomi setiap parti komponennya.

“Bersatu telah mencadangkan Yassin sebagai calon perdana menteri. Itu adalah keputusan parti, dan ia tidak salah sama sekali.

sekiranya mahu, boleh juga mencadangkan calon daripada . Demikian juga MIPP atau Gerakan, yang berhak menamakan calon mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Annuar Musa, menasihatkan Bersatu “menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat.”

Annuar yang juga bekas setiausaha agung menambah, Bersatu wajar mempersiapkan parti dengan barisan pelapis yang “berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.”

Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, turut menegur Bersatu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengumuman menyentuh mengenai PN, selain mengamalkan dasar musyawarah.

Namun, Bersatu menegaskan parti itu terbuka dengan reaksi komponen PN andainya mereka memilih untuk menamakan calon perdana menteri sendiri.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata langkah parti itu menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bukan saja dibuat mengikut perlembagaan parti malah mengambil kira merit anggota parlimen terbabit.

Sementara itu, Punithan berkata bahawa PN tidak dapat menafikan kewibawaan Muhyiddin.

“Muhyiddin Yassin adalah tokoh paling senior, mantan perdana menteri, pengerusi PN, dan mempunyai pengalaman luas serta rekod kepimpinan yang terbukti sewaktu mengemudi negara dalam tempoh krisis.

“Populariti serta kredibiliti beliau merupakan faktor penting yang tidak boleh diketepikan dalam perbincangan ini.

“Beliau seorang yang tegas, fokus dan berprinsip, prihatin terhadap pembangunan semua kaum, satu sifat yang amat penting sebagai pemimpin utama mengemudi negara,” katanya.



Source link