Malaysia Oversight

Muktamar PAS: Ujian ‘big brother’, medan tangani krisis PN

By MkiniBM in September 10, 2025 – Reading time 4 minute
Muktamar PAS: Ujian 'big brother', medan tangani krisis PN


ULASAN | Muktamar Tahunan Parti Se-Malaysia () kali ke-71 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2025 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Muktamar kali ini menarik perhatian media dan penganalisis politik kerana PAS dijangka akan membuat beberapa keputusan penting khususnya berhubung krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilhan Raya Umum (PRU) ke-16 yang akan datang.

Mengimbas sedikit sejarah PAS, ia ditubuhkan pada 24 November 1951, sebagai Persatuan Sa-Malaya pada mesyuarat di Butterworth, Pulau Pinang. Tidak lama selepas itu, ia dinamakan semula sebagai Persatuan sa-Tanah Melayu (nama asalnya).

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi yang dilaksanakan oleh Umno.

Didukung oleh para ilmuan agama, PAS ialah parti yang menjadi pilihan bagi orang Melayu yang berpendidikan agama sebelum menjadi salah sebuah parti asas menubuhkan gabungan Barisan Nasional () pada Jun 1974.

Namun, PAS bertindak keluar daripada susulan krisis darurat di pada tahun 1978. PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka.

Pada PRU15, PAS menjadi parti tunggal terbesar dengan memenangi 43 kerusi parlimen. Selain itu, PAS juga kini memerintah empat negeri masing-masing Perlis, Kedah, Terengganu dan .

Maka, persoalannya, apakah PAS sedia mengambil peranan ‘big brother’ dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang kini diketuai oleh Bersatu?

Krisis dalaman PN

Muktamar PAS kali ini yang menyaksikan Kedah selaku tuan rumah bagi kali keenam dijangka akan membincangkan isu ketidakpuasan hati akar umbi terhadap Bersatu yang dilihat sering mengambil keputusan sepihak dalam PN.

Pada 19 Feb 2024, PN membuat pengumuman mengejutkan bahawa Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baru sekaligus mendapat bantahan daripada PAS sehingga Menteri Besar Terengganu Samsuri Mokhtar meletakkan jawatannya sebagai Bendahari PN.

Pimpinan PAS, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, secara terbuka menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Mereka menegaskan bahawa sebarang pelantikan utama harus diputuskan melalui mesyuarat dan konsensus, bukan secara sepihak.

8fc3ff3cb75ded1f184346f41d565677

Krisis dalaman PN khususnya dominasi Bersatu dalam memegang jawatan utama dalam PN tidak diterima baik oleh akar umbi PAS.

Bersatu, walaupun lebih kecil dari segi ahli dan wakil rakyat, memegang jawatan utama (pengerusi dan setiausaha agung). PAS merasa sumbangan besar mereka (dari segi undi dan kerusi) tidak diimbangi dengan pengaruh yang setara dalam struktur kepimpinan.

Maka, perwakilan dijangka akan mendesak pucuk pimpinan PAS untuk menyelesaikan isu pengagihan kuasa dan proses membuat keputusan penting yang sebelum ini didakwa memihak kepada Bersatu sahaja.

Kemungkinan ada perbincangan calon PM

Selain krisis dalaman PN, muktamar kali ini dijangka akan membincangkan calon perdana menteri PN pada PRU16 yang dijangka akan diadakan pada 2027 iaitu kurang daripada dua tahun sahaja.

Walaupun pucuk pimpinan PAS kemungkinan tidak akan menamakan calon perdana menteri dari parti, para perwakilan dijangka akan membincangkan perkara tersebut.

Ini selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada 7 September meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 dari parti itu.

Usul berkenaan juga tidak mendapat reaksi yang positif daripada PAS. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Annuar Musa, malah menasihatkan agar Bersatu “menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar serta memulihkan kepercayaan rakyat.”

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung menambah, Bersatu wajar mempersiapkan parti dengan barisan pelapis yang “berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.”

Sebelum ini Hashim turut menegur Bersatu agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengumuman menyentuh mengenai PN, selain mengamalkan dasar musyawarah.

PAS yang kini merupakan parti paling dominan di kalangan pengundi Melayu, sekiranya mempunyai hasrat untuk ke tahap seterusnya, sudah pasti parti itu akan membincangkan calon perdana menteri daripada kalangan pemimpin PAS.

Sedia terima Waytha dan Ramasamy?

Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy dan presiden parti Urimai P Ramasamy kini dilihat semakin rapat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, terutama selepas kedua-duanya kerap hadir dalam forum atau kenyataan politik bersamanya.

Mahathir masih bersama Gerakan Tanah Air (GTA) tetapi kerap berinteraksi dengan PN dalam isu kepentingan orang Melayu.

Walaupun kehadiran Waythamoorthy dan Ramasamy bersama Mahathir lebih mencerminkan usaha untuk mengumpulkan tokoh pelbagai kaum untuk kekuatan strategi politik, persoalannya apakah akar umbi PAS sedia membuka pintu untuk menerima mereka dalam PN?

Ini kerana, pengkritik PAS di media sosial mendakwa parti itu kini telah terpesong daripada perjuangan asal selepas pemimpin parti itu duduk semeja dengan Waythamoorthy.

72727ad15902a9683ac6f9ff61d4b954

Ramasamy merupakan bekas pemimpin DAP dan Waythamoorthy presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) dikenali sebagai pejuang hak kaum India dan pluralisme sekular.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata dua belas parti pembangkang bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan Madani, termasuk janji reformasi.

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi – Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

Walaupun tidak ada tanda bahawa PAS sedang berbincang atau menyatakan kesediaan kerjasama dengan kedua-dua pemimpin itu, sikap PAS “berdiam diri” dengan Mahathir yang membawa mereka dalam platform bersama, menyukarkan anggota parti untuk menjawab pengkritiknya khususnya di media sosial.

Dijangka akan ada perwakilan meminta pucuk pimpinan menyatakan pendirian parti kerjasama PN melalui gabungan longgar dengan pemimpin-pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan pendirian PAS dan nasionalisme Melayu.

Apa pun, Muktamar PAS ke-71 lebih daripada sekadar perhimpunan parti – ia adalah medan muhasabah, pembaharuan struktur, dan strategi politik menjelang PRU16.


B NANTHA KUMAR merupakan wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link