Mozilla Perkenal Ciri “Goncang Untuk Rumuskan Artikel” Pada Firefox Untuk iPhone
Aman
Mozilla kini memperkenalkan kemaskini untuk pengguna Firefox di iOS, sekaligus menambah ciri dinamakan “Shake to Summarize” atau “Goncang Untuk Rumuskan”. Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat bermula di Amerika Syarikat buat masa ini.

Melalui kemaskini ini, sekiranya anda menggunakan iPhone 15 Pro atau terkini, dan menjalankan iOS 26 dan terkini, anda boleh membuka sebarang laman web, dan seterusnya menggoncangkan peranti, dan ia seterusnya akan merumuskan artikel berkenaan.
Mozilla menggunakan sokongan Apple Intelligence dalam penawaran ciri ini, dan mengatakan penghantaran data dilakukan secara sulit ke perkhidmatan AI berasaskan awan oleh Mozilla.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan kepada pengguna Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.