Malaysia Oversight

Siasatan terhadap Mahathir masih berjalan

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom (UK), kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK berhubung perkara itu.

ba5728567710fe01b17cb8f10e4bf372

“Siasatan melibatkan Dr Mahathir masih lagi dijalankan dan kami sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar terutama sekali pihak UK, pihak autoriti UK berhubung dengan aset-aset yang dimiliki oleh Dr Mahathir.

“Sekiranya (maklumat) dapat diperoleh, kita akan maklumkan kemudian,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Azam pada April 2024 dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anak beliau diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 21 Jan lepas, dilaporkan menurut pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada SPRM, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

024bdd4ea43b7735e4210257b404e448

Mengulas mengenai isu tular melibatkan seorang peguam yang mendakwa pegawai penyiasat SPRM membuat intimidasi terhadapnya dalam proses soal siasat berhubung satu kes pada 2 Sept lepas, Azam berkata beliau telah mendapatkan maklumat terus daripada pegawainya dan versi yang diberikan berbeza dengan dakwaan yang tersebar di media sosial.

“Ya, itu versi dia dan sebab mungkin selepas diviralkan oleh beliau dalam sosial medianya, saya sendiri telah mendapatkan penjelasan daripada pihak pegawai saya dan versinya lain.

“Jadi senang saya cakap di sini pergi ke mahkamah sahaja untuk mendapatkan sebarang kepastian. Apa yang saya dapat daripada pegawai saya, tindakan siasatan dilakukan oleh pegawai saya mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard SPRM,” jelas Azam.

Menerusi hantaran peguam berkenaan di Facebook, https://www.facebook.com/share/v/1AwvLC5YkT/, beliau mendakwa pegawai penyiasat SPRM meninggikan suara terhadapnya, selain mendakwa mengugut akan menahannya jika tidak memberi kerjasama

– Bernama



Source link