WhatsApp Menguji Ciri Perkongsian Live Photos Dalam Format Asal Untuk Pengguna iOS
Amy Maizuraa
WhatsApp menawarkan kemas kini terbaharu untuk pengguna iOS yang membolehkan perkongsian Live Photos dalam format asal lengkap dengan gerakan dan audio. Sebelum ini, Live Photos yang dikongsi melalui aplikasi berkenaan hanya dipaparkan sebagai imej statik atau GIF tanpa bunyi sekali gus mengehadkan pengalaman pengguna.

Melaluinya, pengguna kini boleh menghantar dan menerima Live Photo dalam format asal yang mengekalkan gerakan visual serta audio. Imej yang mengandungi elemen gerakan akan dipaparkan dengan ikon khas pada paparan pratonton dan boleh dimainkan semula melalui butang khusus dalam paparan imej.
Langkah ini menunjukkan peningkatan besar dalam cara pengguna berkongsi media di WhatsApp. Buat masa ini, sokongan penuh untuk Live Photo hanya tersedia kepada pengguna terpilih dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.