Malaysia Oversight

Dyson PencilVac Dan Dyson V8 Cyclone Disahkan Memasuki Pasaran Malaysia – Pengumuman Pembersih Robot Ditunggu

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
Dyson PencilVac Dan Dyson V8 Cyclone Disahkan Memasuki Pasaran Malaysia –  Pengumuman Pembersih Robot Ditunggu


Bersempena dengan acara IFA yang berlangsung di Berlin, Dyson telah memperlihatkan sejumlah produk pembersihan baru di acara tersebut. Ini termasuklah produk-produk seperti Dyson PencilVac, Dyson V8 Cyclone dan Dyson Spot+Scrub AI Robot, pembersih hampagas robot pertama mereka.

Bermula dengan Dyson PencilVac, ia merupakan pembersih hampagas paling tirus yang dibina oleh mereka. Ia sesuai digunakan untuk tujuan pembersihan kotoran sedikit, dan tidak memerlukan pengguna untuk mengeluarkan pembersih hampagas Dyson dengan rekaan yang lebih tradisional.

image 33

Menguasakan PencilVac ialah sebuah motor Hyperdymium 140K yang dilihat hadir dengan saiz sebuah syiling 50 sen yang masih lagi cukup berkuasa untuk menghasilkan janaan udara yang mencukupi untuk menyedut kotoran kering.

image 32

Ruangan hampagas untuk pembersih PencilVac ini mempunyai saiz 0.08 liter sahaja, tetapi ia mampu memampatkan habuk yang disedut untuk membolehkannya memegang 5 kali lebih banyak kotoran daripada saiz ruangan hampagas tersebut. Ia juga hadir dengan mekanisma baru untuk membersihkan ruangan hampagas dengan mudah.

Kepala pembersih ini juga hadir dengan lampu hijau yang boleh mermperlihatkan kawasan-kawasan yang masih berhabuk, walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

SV55 A CHBLKAGRN 025 RGB InUse LivingRoom Sofa CoffeeTable AT MTB A2 MIX

Mesin hampagas yang memperkenalkan rekaan moden jenama tersebut, Dyson V8 memperlihatkan nama baru, iaitu Dyson V8 Cyclone yang kini tampil dengan 150 Air Watts dan kuasa penyedutan habuk dan kotoran 30 peratus lebih berkuasa berbanding model sebelumnya, dan jangka-masa penggunaan selama sejam, 50 peratus lebih lama berbanding model sebelumnya juga.

SV55 A CHBLKAGRN 024 RGB FilmStill InUse PetBed MMH MiniMotorhead A1 MIX

Jika anda masih lagi menggunakan Dyson V8 anda sebelum ini, anda juga boleh menggunakan aksesori-aksesori pembersihan sedia ada bersama-sama dengan model Dyson V8 Cyclone yang baru ini.

Dyson Spot+Scrub AI merupakan pembersih hampagas robot terbaru mereka, yang kini tampil dengan kebolehan untuk menyapu dan juga mop lantai sekaligus. Ia dilengkapi dengan pengimbas AI dan pembersihan adaptif untuk mengenal pasti dan membersihkan sambil mengelakkan halangan dengan tepat.

RB05 AA BLKVIBL 034 RGB 3Q Wet Roller Edge Cleaning Corner MX MIX

Menggunakan kamera berkuasa AI, pencahayaan LED hijau dan navigasi pintar, ia mengenali hampir 200 jenis objek seperti kabel dan stoking, untuk membersihkan sekelilingnya dengan bijak. Sistem pengesanan lanjutannya menggunakan pemprosesan imej sebelum dan selepas untuk mengesahkan pembersihan, dan akan mengulangi pembersihan kesan degil sehingga ia tahu ia telah membersihkanya sepenuhnya.

batch RB05 AA BLKVIBL 033 RGB 3Q Ghosted Multi Pass Cleaning A0 MIX

Dengan sistem penghidratan 12 sudut dalam berus basah yang mempunyai kemampuan pembersihan kendiri dan dok siklonik tanpa beg untuk mengosongkan, vakum robot Dyson Spot+Scrub AI mengekalkan pembersihan yang bersih dan sedutan yang kuat. Aplikasi MyDyson juga membolehkan pengguna memantau peta pembersihan dan meminta pembersihan yang disasarkan.

Buat masa ini, Dyson Malaysia telah mengesahkan bahawa pembersih hampagas Dyson PencilVac dan Dyson V8 Cyclone akan memasuki pasaran Malaysia, manakala Dyson Spot+Scrub AI dikatakan akan tiba di pasaran-pasaran terpilih secara global. Pengumuman lanjut mengenai jualan produk-produk ini akan diumumkan di masa akan datang.



Source link