Instagram Kini Membenarkan Pengguna Pin Komen Sendiri
Amy Maizuraa
Instagram kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyemat komen sendiri pada siaran atau Reels yang dimuat naik. Ciri ini memberi kelebihan kepada pencipta kandungan dan peniaga untuk berkongsi maklumat penting seperti promosi, penjelasan tambahan atau respon utama dalam ruangan komen.

Untuk menggunakan ciri tersebut, pengguna hanya perlu menekan lama pada komen sendiri dan memilih pilihan ‘Pin’. Komen tersebut akan dipaparkan di bahagian atas ruangan komen. Buat masa ini, pengguna hanya boleh menyemat satu komen sendiri bagi setiap siaran. Instagram juga akan memaklumkan kepada pengikut terpilih apabila komen tersebut dipin.
Semakan kami mendapati ciri ini sudah mula tersedia dalam aplikasi. Sebelum ini, pengguna hanya boleh menyemat komen daripada pengikut, dan ia terhad kepada tiga komen terbaik bagi setiap siaran.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.