Malaysia Oversight

KMeta, Anduril dan Rivet Menerima Kontrak Membangunkan Set Kepala MR Untuk Tentera

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
KMeta, Anduril dan Rivet Menerima Kontrak Membangunkan Set Kepala MR  Untuk Tentera


KMeta, Anduril dan Rivet Menerima Kontrak Membangunkan Set Kepala MR Untuk Tentera

September 9, 2025
Realiti Maya

Effi Saharudin

Program Integrated Visual Augmentation System (IVAS) dibangunkan oleh Microsoft sejak 2021 bagi membekalkan set kepala realiti bercampur (MR) untuk kegunaan tentera infantri Amerika Syarikat. Projek ini bermasalah sebelum kemudiannya diambil alih oleh Anduril dan Meta selepas Microsoft menarik diri daripada pembangunan set kepala

Microsoft IVAS HoloLens Set kepala A
Microsoft IVAS

IVAS gagal di lapangan dan kini program baharu Soldier-Borne Mission Command (SBMC) diumumkan pula oleh tentera Amerika Syarikat. Di bawah program ini, kontrak baharu diberikan pula kepada Meta dan Anduril serta Rivet. Meta dan Anduril akan bekerjasama membangunkan SBMC dengan dipercayai ia adalah set kepala EagleEye yang telah diperlihatkan sebelum ini.

Rivet Hard Spec B
Rivet Hard Spec

Rivet, yang menerima suntikan dana daripada Palantir pula dipercayai akan meneruskan pembangunan Hard Spec yang merupakan gogal MR yang boleh dipakai seperti gogal biasa. Sekilas pandang Hard Spec kelihatan seperti sepasang Meta Hypernova tetapi dengan rekaan lebih tahan lasak. Hard Spec dilengkapi beberapa kamera dan sensor dengan paparan dipancarkan ke permukaan cermin mata menggunakan teknologi waveguide.

Secara keseluruhan Meat dan Anduril menerima dana $159 juta dan Rivet pula and Rivet $195 juta untuk membina prototaip SBMC untuk diuji di lapangan.

Breaking Defence

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link