Malaysia Oversight

Siri Xiaomi 15T Akan Dilancarkan Pada 24 September

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
Siri Xiaomi 15T Akan Dilancarkan Pada 24 September



Xiaomi 15T acah

Xiaomi mengesahkan peranti 15T dan 15T Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September dengan ia dilakukan menerusi akaun X mereka. Acara pelancaran akan dilakukan di Munich Jerman yang merupakan petanda jelas seperti siri Xiaomi 15, siri 15T turut akan menggunakan lensa kamera Leica.

Imej acah yang dikongsi Xiaomi hadir dengan teks “Far Closer” yang adalah petanda pula peranti mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Tidak ada maklumat lain diacah oleh Xiaomi tetapi beberapa ura-ura yang didengari ialah ia adalah peranti mercu dengan cip Dimensity 9400+. Turut dijangka ialah ia peranti pertama dengan HyperOS 3 berasaskan Android 16 yang baru sahaja dilancarkan oleh Xiaomi.

Bagi peminat Xiaomi di Malaysia, siri T sudah pasti akan dilancarkan di Malaysia. Yang menjadi persoalan pastinya harga kerana tahun demi tahun ia konsisten adalah peranti dengan lensa Leica paling mampu milik.



Source link