Malaysia Oversight

Google Veo 3 Kini Menjana Video Menegak dan Resolusi 1080p

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
Google Veo 3 Kini Menjana Video Menegak dan Resolusi 1080p



Google Veo 3

Google Veo 3 Kini Menjana Video Menegak dan Resolusi 1080p

September 9, 2025
Google
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Google mengemaskini kecerdasan buatan (AI) generatif Veo 3 mereka dengan ia kini boleh menjana video menegak serta menyokong resolusi 1080p. Selain itu kos untuk menjana video juga dikurangkan berbanding sebelum ini.  

Video menegak yang dijana adalah pada nisbah 9:16. Ini membolehkan ia digunakan untuk kandungan seperti YouTube Shorts, Instagram Stories dan TikTok. Untuk mengubah janaan menjadi menegak, pilih tetapan “aspect ratio” dalam tetapan parameter. Mengubah resolusi video ke HD penuh juga perlu dilakukan menerusi tetapan yang yang sama.

Kos menjadi vide menggunakan model Veo 3 kini ialah $0.40/sesaat berbanding $0.75/s. Sementara itu menggunakan model Veo 3 Fas pula ia kini $0.15/s berbanding $0.40/s. Google Veo 3 diumumkan ketika Google I/O pada bulan Mei lalu dengan ia bukan sahaja boleh menjana video yang kelihatan realistik tetapi turut menjana audio yang berpadanan dengannya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link