Perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dapat memudahkan proses melalukan kerja, menjana video dan gambar. Gemini ialah AI yang disertakan oleh Google pada peranti Android dengan ia boleh digunakan secara percuma. Yang menjadi persoalan selama ini ialah apakah perbezaan antara akaun percuma. AI Pro damn AI Ultra.
Hari ini mereka telah menerbitkan maklumat lengkap mengenai penggunaan pelbagai ciri berbeza Gemini seperti had prom, saiz konteks, janaan gambar, janaan Audio Overviews, Deep Research dan banyak lagi. Dengan maklumat lengkap ini pelanggan boleh melakukan pilihan tekat langganan yang paling tepat untuk keperluan peribadi.
Gemini Percuma | Gemini dengan Google AI Pro | Gemini dengan Google AI Ultra | |
---|---|---|---|
Model Gemini | |||
2.5 Pro | sehingga 5 prom sehari | Sehingga 100 prom sehari | Sehingga 500 prom sehari |
2.5 Flash | General access | ||
Tingkap Konteks | |||
Saiz konteks | 32,000 | 1 Juta | |
Ciri | |||
Audio Overviews | Sehingga 20 Audio Overviews sehari | ||
Deep Research | Sehingga 5 laporan sebulan dengan 2.5 Flash | Sehingga 20 laporan sehari dengan 2.5 Pro | Sehingga 200 laporan sehari dengan using 2.5 Pro |
Deep Think | – | – | Sehingga 10 prom sehari dengan 192 ribu token tingkap konteks |
Janaan dan suntingan imej | Sehingga 100 imej sehari | Sehingga 1,000 imej sehari | |
Scheduled actions | – | Sehingga 10 aksi aktif serentak | |
Janaan Video | – | Sehingga 3 video sehari menggunakan Veo 3 Fast (preview) | Sehingga 5 video sehari menggunakan Veo 3 Fast (preview) |
Ciri Tambahan | Tanpa had bergantung pada model | ||
Akses kepada ciri baharu | – | Diberikan prioriti |
Di Malaysia AI Proboleh dilanggan secara bulanan pada harga RM97.99 sebulan atau RM 979.90 setahun. Sementara itu AI Ultra ditawarkan pada harga RM1229.90 sebulan tetapi masih tiada langganan terus setahun.