Malaysia Oversight

Pembangunan Nova Launcher Dihentikan

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
Pembangunan Nova Launcher Dihentikan


Pembangunan Nova Launcher Dihentikan

September 8, 2025
Aplikasi

Effi Saharudin

Berita menyedihkan bagi peminat pelancar Nova Launcher kerana pembangunannya telah dihentikan. Pengasasnya, Kevin Barry, mengumumkan beliau telah meninggalkan syarikat Branch yang memiliki Nova Launcher dan tidak lagi terlibat dengan projek tersebut.

Nova Launcher B

Nova Launcher dijual kepada Branch pada tahun 2022 tetapi pada tahun 2024 lebih 100 kakitangan telah diberhentikan. Ini meninggalkan Barry sebagai satu-satunya individu yang kekal untuk membangunkan Nova Launcher. Kali terakhir aplikasi dikemaskini ialah pada Mei tahun lalu.

Dengan beliau meninggalkan Branch, pembangunan Nova Launcher kini dihentikan serta merta. Sungguhpun begitu Barry berkata beliau akan menawarkan Nova Launcher secara sumber terbuka supaya orang lain boleh meneruskan pembangunan di masa hadapan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link