Amazfit T-Rex 3 Pro Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1799
Amy Maizuraa
Amazfit T-Rex 3 Pro kini tersedia di Malaysia pada harga RM1799. Model ini direka untuk pengguna yang aktif dan sesuai untuk aktiviti sukan, serta pemantauan kesihatan harian. Ia juga dibina dengan bahan tahan lasak seperti Sapphire Glass dan bezel titanium Gred 5.

T-Rex 3 Pro hadir dalam dua warna iaitu Black Gold dan Tactical Black. Ia mempunyai skrin AMOLED 1.5 inci dengan kecerahan sehingga 3000 nits dan saiz badan 48 x 48 x 14mm. Turut melengkapi model ini ialah sistem lampu suluh di samping mikrofon dan pembesar suara untuk sokongan panggilan Bluetooth.


Model ini menyokong lebih 180 jenis sukan, tahan air sehingga 10 ATM, sesuai untuk menyelam sehingga 45-meter dan aktiviti scuba. Bateri digunakan mampu bertahan sehingga 25 hari dengan penggunaan biasa dan 38 jam dalam mod GPS aktif. Selain itu, model ini turut menjalankan sistem operasi Zepp OS 5 untuk pengalaman pengguna yang terkini.
Bersempena dengan promosi pelancaran, Amazfit T-Rex 3 Pro kini boleh didapati pada harga istimewa serendah RM1,749 lengkap dengan hadiah percuma menarik untuk pembeli awal. Dalam masa sama, Amazfit turut membuka peluang kepada mereka yang aktif untuk menyertai Team Amazfit Malaysia iaitu sebuah program yang menawarkan penajaan eksklusif termasuk jam tangan Amazfit, sokongan latihan, dan peluang menyertai acara larian terpilih.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.