Malaysia Oversight

Misteri di Sebalik Order Ialah Siri Animasi TV3 Pertama Yang Dijana Sepenuhnya Oleh AI

By Amanz in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
Misteri di Sebalik Order Ialah Siri Animasi TV3 Pertama Yang Dijana Sepenuhnya Oleh AI


Misteri di Sebalik Order Ialah Siri Animasi TV3 Pertama Yang Dijana Sepenuhnya Oleh AI

September 8, 2025
Kecerdasan Buatan
Kreatif

Effi Saharudin

Dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif semakin berkembang dan sendiri menggalakkannya, TV3 menjadi saluran TV pertama Malaysia menghasilkan siri yang dijana sepenuhnya oleh AI. Siri animasi Misteri di Sebalik Order mula ditayangkan di TikTok bermula 6 September lalu. Episode pertama adalah sepanjang 1:54 minit dengan ia memaparkan kehidupan Cap seekor capybara yang bekerja sebagai seekor penghantar makanan.

@aiseyymentv3_

📢 Nantikan Misteri Di Sebalik Order, drama bersiri AI terbaru eksklusif di akaun TikTok @aiseyymentv3_ 📅 Mulai 6 September | Setiap Sabtu, 8 Malam Jangan terlepas, follow sekarang! 🔥 fyppppppppppppppppppppppp fyp

♬ original sound – Aiseyymen TV3 – Aiseyymen TV3

Cap jatuh cinta dengan pelanggan yang memesan makanan bernama Meknab tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan watak yang kelihatan seperti arnab ini. Ini adalah kali ketiga setahu kami kumpulan Media Prima menggunakan AI dalam penerbitan mereka. Pada tahun 2023, FlyFM memperkenalkan Aina – DJ radio AI pertama di Malaysia dan awal tahun ini visual seruan Azan di TV3 an TV9 juga dijana AI generatif.

Misteri dI SEBALIK ORDER TV3

Selepas beberapa hari ditayangkan eksklusif di saluran TikTok @aiseyymentv3_ , siri Misteri di Sebalik Order menerima reaksi yang negatif daripada penonton. Di saluran sosial warganet mengkritik penggunaan AI sedangkan di Malaysia terdapat ramai penggiat seni yang boleh digunakan. Reaksi yang diterima TV3 adalah berbeza dengan kumpulan KRU yang merupakan yang pertama di Malaysia menghasilkan muzik video janaan AI.

Hakikatnya ialah penggunaan AI dalam produksi akan menjadi satu kelaziman dalam masa terdekat. Netflix menggunakannya tahun ini untuk menghasilkan babak kesan khas siri The Eternauts dengan kos jauh lebih rendah. Sementara Disney telah mencuba tetapi tidak berani menggunakannya dalam produksi sebenar kerana tidak mahu dikecam orang ramai.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link