Malaysia Oversight

Putin isytihar gencatan senjata 3 hari di Ukraine pada Mei

By MkiniBM in April 28, 2025 – Reading time 1 minute
Putin isytihar gencatan senjata 3 hari di Ukraine pada Mei


Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral di Ukraine dari 8 hingga 10 Mei, sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Sepanjang tempoh ini, semua pertempuran akan dihentikan,” menurut kenyataan Kremlin, sambil menyatakan keputusan itu dibuat atas “alasan kemanusiaan.”

“Rusia percaya pihak Ukraine juga perlu mengambil langkah yang sama,” menurut kenyataan itu. Kyiv masih belum memberikan maklum balas secara terbuka.

Langkah itu diambil ketika Presiden Amerika Syarikat Donald , berusaha untuk menamatkan perang yang berlarutan selama tiga tahun itu dengan segera.

-Bernama



Source link