Malaysia Oversight

Rakyat Sabah sedia lakukan perubahan sekali lagi

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 2 minute
Rakyat Sabah sedia lakukan perubahan sekali lagi


Presiden Bersatu, Yassin mendakwa rakyat Sabah menunjukkan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan dan menumbangkan pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat Sabah ketika program Bersatu di negeri itu.

Jelasnya, sentimen yang ditunjukkan rakyat Sabah kepada Bersatu bukan hanya disebabkan solidariti terhadap isu kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“Ke mana sahaja saya turun ke gelanggang di Sabah baru-baru ini, luar biasa bah…situasi yang berlaku di Sabah sudahpun ready to change. Rakyat Sabah mahukan pembaharuan dan perubahan.

“Hajiji yang pengkhianat yang meninggalkan kita itu mesti ditumbangkan dan rakyat di Sabah sedia menumbangkannya. Ada perlakuan jenayah rasuah yang berleluasa telah berlaku di negeri Sabah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Shah Alam, hari ini.

003640ca4a23f38a42205cbfb41378d1

Sementara itu Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee turut melaungkan keyakinan bahawa rakyat Sabah bersedia menukar negeri itu sekali lagi.

Katanya, Sabah sememangnya terkenal dengan negeri yang kerap berlaku pertukaran kepimpinan negeri apatah lagi ketika ini Hajiji gagal menyelesaikan isu serta masalah yang membelenggu rakyat setelah sekian lama.

“Isu elektrik, air, jalan raya, video pengakuan rasuah, salah urus kontrak korek mineral, kerajaan Sabah kini mengalami penyakit berangkai-, ia perlu diubati segera.

“Kalau kita melihat sejarah, Sabah merupakan negeri yang kerap bertukar kerajaan. Jadi, kita akan ulangi hal yang sama nanti.

“Sebab itu mereka (GRS) sedang membawa naratif bahawa Sabah perlu dipimpin daripada parti yang lahir dari negeri itu,” katanya ketika menyampaikan pengulunggan.

Ronald turut menyindir Hajiji yang gagal ‘membungkus’ Bersatu di negeri itu apabila melarikan 24 ketua bahagian parti itu.



Source link