Malaysia Oversight

BN tuntut MIC perjelas timbalan ketua pemuda hadir AGM Bersatu

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 1 minute
BN tuntut MIC perjelas timbalan ketua pemuda hadir AGM Bersatu


Parti akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional () susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.

Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden berkata terserah kepada kepimpinan untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.

“Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap ekoran kejadian itu.

Bernama



Source link