Microsoft Akan Menamatkan Aplikasi Outlook Lite Pada 6 Oktober 2025
Aman
Microsoft kini telah mula memaklumkan para pengguna Microsoft 365, mengatakan aplikasi Outlook Lite akan ditamatkan berkuat-kuasa 6 Oktober 2025. Selepas tarikh berkenaan, tiada lagi pemasangan baharu yang akan dibenarkan untuk aplikasi Outlook Lite, dan pengguna perlu memuat-turun aplikasi penuh Outlook.

Outlook Lite sebelum ini telah diperkenalkan sebagai versi ringan bagi aplikasi emel Outlook, dan menyertakan sejumlah ciri utama sahaja. Kini, dengan perkembangan arena internet mudah-alih dan juga spesifikasi telefon, ia dilihat semua boleh menjalankan aplikasi Outlook tanpa masalah.
Penamatan aplikasi Outlook Lite juga akan membolehkan Microsoft memfokuskan pelaburan dalam pembangunan aplikasi Outlook penuh, dan memberikan lebih banyak ciri dan penggunaan melaluinya. Bagi pengguna sedia ada, anda boleh menggunakan Outlook Lite sementara waktu, dan dijangka akan turut berhenti berfungsi bergerak ke hadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.