Roblox Moments Diperkenalkan – Ciri Perkongsian Video Pendek 30 Saat, Dengan Pengalaman Seumpama TikTok
Aman
Roblox, salah satu permainan pembinaan dunia yang popular dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, kini hadir dengan sebuah ciri eksperimental baharu, dinamakan Roblox Moments.

Roblox Moments dilihat sebagai alternatif penawaran kepada TikTok, membolehkan para pengguna berkongsi video permainan mereka selama 30 saat bersama-sama yang lain. Ia hadir dengan pengalaman paparan menegak seperti TikTok, dan boleh ditatal untuk melihat perkongsian pengguna lain.
Roblox Moments ini juga dijangka menjadi salah satu kaedah menemui pelbagai pengalaman permainan baharu yang disediakan pada Roblox.
Roblox Moments kini diperkenalkan dalam peringkat beta kepada pengguna, membolehkan merakamkan, menyunting dan berkongsi detik permainan menarik Roblox bersama yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.