Malaysia Oversight

KPKT alu-alukan penubuhan Pasukan Khas UMNO teliti RUU PSB

By Utusan in September 6, 2025 – Reading time 2 minute
KPKT alu-alukan penubuhan Pasukan Khas UMNO teliti RUU PSB


IPOH: Kementerian Perumahan dan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan penubuhan Pasukan Khas bagi meneliti dan memberi pandangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya terbuka menerima cadangan mana-mana pihak termasuk dan juga rakan dalam Pakatan Harapan (PH) asalkan ia bersifat ikhlas dan jujur demi kepentingan rakyat.

“Apa sahaja idea yang bernas, kementerian akan menerima pakai kerana niat utama kita dalam menggubal akta ini adalah untuk membantu rakyat.

“Sebab itu, semua pihak harus datang bersama untuk bincang dan setakat hari ini kita sudah menjalankan sebanyak 108 sesi libat urus dengan pelbagai pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan empat Taman Rekreasi Madani, di sini hari ini.

Menerusi laporan media Rabu lalu, Naib Presiden , Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU PSB.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan khas itu bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentang dalam Konvensyen Melayu Bandar pada hujung September ini.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, RUU tersebut sudah tiga kali mendapat kelulusan Majlis Negara Tempatan (MNKT) yang turut disertai wakil negeri termasuk Menteri Besar , Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Saya mahu maklumkan, 534 kawasan sudah dikenal pasti dan diwartakan oleh kerajaan negeri termasuk 55 kawasan di Kedah, 22 di Terengganu dan empat di . Semua ini dicadangkan, dipersetujui dan diwartakan oleh kerajaan negeri sendiri.

“Jadi tak logik kalau ada pihak membantah. Kamu yang cadang, kamu yang warta tapi kemudian kamu yang bantah. Itu tak masuk akal,” tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP itu menambah, di bawah Akta PSB setiap negeri mempunyai Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

“Mereka yang cadang dan minta kementerian bantu. Bila kementerian bantu, ada pula yang bantah.

“Sebab itu, saya selalu tegaskan, perkara-perkara yang baik, wajib kita sokong dan tolong. Janganlah semua perkara baik kita politikkan kerana akhirnya ia merugikan semua pihak khususnya rakyat yang hidup dalam rumah yang daif dan usang di kawasan berkenaan,” katanya. – UTUSAN





Source link