Malaysia Oversight

‘Dunia itu bulat’ – Pemuda Bersatu ingatkan Anwar janji mansuh Akta Hasutan

By MkiniBM in September 6, 2025 – Reading time 1 minute
'Dunia itu bulat' - Pemuda Bersatu ingatkan Anwar janji mansuh Akta Hasutan


Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham memberi peringatan keras kepada Perdana Menteri Ibrahim berhubung janji Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan Akta Hasutan yang wujud sejak era penjajah, ketika ia digunakan terhadap pelbagai pemimpin pembangkang.

Dalam ucapannya untuk melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda Bersatu (Armada), Hilman mengecam penahanan terbaru terhadap ketua bahagian Port Dickson parti itu Badrul Hisham Shaharin, yang didakwa berhubung ucapannya semasa ceramah politik di Bagan Serai, Perak.

“Saya ingin tegaskan, wahai perdana menteri, wahai Ibrahim, dulu kamu janji untuk mansuh Akta Hasutan, sekarang kamu gunakan untuk mempertahankan kuasa kamu.

“Ingatlah, ingat! Dunia itu bulat. Sampai masa nanti, kami Armada akan pastikan kamu juga akan kita mansuhkan daripada ,” kata Gombak Setia itu kepada perwakilan yang berhimpun di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Dalam petikan video yang dikatakan itu, Badrul kedengaran bercakap mengenai raja-raja Melayu dan dakwaan cubaan pihak tertentu untuk membuatkan orang Melayu hilang rasa hormat terhadap raja-raja Melayu.

[Laporan penuh menyusul]



Source link