Malaysia Oversight

Fahmi Fadzil laksanakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

By TheSun in September 6, 2025 – Reading time 1 minute
Fahmi Fadzil laksanakan lawatan kerja dua hari ke Sabah


TAWAU: Menteri Komunikasi Datuk Fadzil memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah bermula hari ini.

Beliau akan meninjau pengoperasian Menara Sepagaya di Kampung Sepagaya, Lahad Datu pada pagi ini.

Esok, dijadualkan mengadakan tinjauan Perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasar raya di Taman Sejati.

Beliau kemudian akan menghadiri Hari Bersama Komuniti dan majlis pelancaran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Peringkat Negeri Sabah di NADI Kampung Sungai Iman pada tengah hari.

PRIME merupakan inisiatif strategik Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dan kecemasan.

Sistem ini ialah komunikasi bersepadu bergerak berasaskan kenderaan dengan teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron.

PRIME dibangunkan sepenuhnya oleh MCMC dengan gabungan teknologi tempatan dan luar.

Pada sebelah petang, akan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada pemberita Bernama Ismail lamo di Taman Victoria. – Bernama



Source link