Malaysia Oversight

TikTok Shop Meningkatkan Yuran Komisen Berkuat-kuasa 13 September Untuk Penjual Tempatan

By Amanz in September 5, 2025 – Reading time 1 minute
TikTok Shop Meningkatkan Yuran Komisen Berkuat-kuasa 13 September Untuk Penjual Tempatan



Logo TikTok Shop

TikTok Shop Meningkatkan Yuran Komisen Berkuat-kuasa 13 September Untuk Penjual Tempatan

September 5, 2025
Niaga

Aman

TikTok kini memaklumkan, berkuat-kuasa 13 September 2025 kelak, mereka akan mengemaskini caj komisen terhadap para penjual di TikTok Shop dan TikTok Shop Mall, dimana caj akan ditingkatkan berbanding sedia ada.

Melalui peningkatan caj komisen baharu, ia mencapai sehingga 15.66% untuk TikTok Shop, dan sehingga 18.90% untuk TikTok Shop Mall. Ini sekaligus dijangka akan memberikan impak kepada pengiraan keuntungan atau operasi oleh para peniaga, terutamanya peniaga yang menjual barangan dengan margin keuntungan yang kecil.

TikTok turut mengatakan mereka akan memberikan sedikit pengecualian kepada penjual yang menyertai BXP (Benefit Extra Program), dimana akan menerima sokongan tambahan termasuk dari segi diskaun, baucar, pulangan tunai dan juga capaian pada platform. Namun, mereka yang menyertai program BXP akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4.5%.

Bagi para penjual di TikTok, boleh menyemak semula perubahan baharu ini, dan melakukan strategi semula dalam menjual barangan menggunakan platform sosial berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link