Huawei ada menawarkan “skrin pintar” seperti Vision Smart dan Vision S ke pasaran Malaysia sebelum. Walaupun ia jelas sebuah TV pintar, Huawei berkeras mengkategorikannya sebagai skrin pintar. Secara lazimnya TV pintar dilengkapi cip sendiri yang tidak setanding dengan cip pada telefon pintar.

Semalam Huawei MateTV dan Huawei MateTV Pro dilancarkan dengan ia dua TV pintar pertama Huawei dengan cip setanding dengan yang digunakan pada telefon pintar. Huawei tidak mendedahkan cip yang digunakan tetapi beberapa imej tertiris ini menunjukkan ia adalah Kirin 9020 tetapi tanpa sokongan selular. Ini adalah cip yang sama digunakan oleh Huawei Pura 80 an Pura X sebelum ini.
Huawei MateTV Pro ialah versi paling berkuasa dengan skrin dalam saiz 75”, 85” dan 98” MiniLED, memori 12GB dan storan 256GB. Terdapat kamera yang mempunyai sistem imbasan wajah dan mengesan gestur dilakukan oleh tangan. Sistem audionya pula ialah 3.2.2 saluran dengan 9 speaker dan output 180W.

Huawei MateTV pula ialah versi dengan skrin dalam saiz 75”, 85” dan 98” MiniLED, memori 8GB dan storan 128GB. Terdapat kamera yang mempunyai sistem imbasan wajah dan mengesan gestur dilakukan oleh tangan. Sistem audionya pula ialah 2.2 saluran dengan 6 speaker dan output 120W.

Kedua-dua TV menggunakan sistem operasi HarmonyOS 5.1 yang membolehkan ia digunakan bersama dengan ekosistem telefon pintar, tablet dan komputer riba Huawei. TV boleh dikawal dengan alat kawalan jauh, alat kawalan permainan dengan pad sesentuh dan terdapat stylus membolehkan lakaran terus pada skrin.
Di China harga jualan Huawei MateTV bermula daripada RMB 9,000 (~RM 5,322) sementara Huawei MateTV pula bermula RMB 15,000 (~RM 8,817) sebuah.