Malaysia Oversight

Komputer Riba Lenovo ThinkBook VertiFlex Mempunyai Skrin Berputar

By Amanz in September 5, 2025 – Reading time 1 minute
Konsep Lenovo Project Pivo dan Project Ballet Tertiris Dengan Skrin Berputar


Di IFA Berlin hari ini, Lenovo memperlihatkan komputer riba konsep ThinkBook VertiFlex yang mempunyai skrin yang boleh berputar menegak. Skrin 14″ yang digunakan berputar 90 darjah membolehkan ia digunakan pada kedudukan potret yang sesuai untuk menonton video TikTok atau melakukan tugasan coding.

Lenovo Project Pivo A

Apabila dalam kedudukan menegak, telefon pintar atau tablet boleh diletakkan di ruang di sisi kiri dan kanan Vertiflex. Proses memutarkan sendiri dilakukan secara manual oleh pengguna. Dengan ini sehingga dua skrin boleh dilihat serentak. Walaupun skrin boleh berputar komputer riba ini hanya setebal 18mm dan seberat 1.39kg.

Lenovo ThinkBook VertiFlex A

Lenovo tidak berkongsi spesifikasi peranti konsep sekadar mengatakan mereka tiada perancangan menawarkannya kepada umum pada ketika ini. Tiga tahun lalu Lenovo memperlihatkan komputer riba konsep dengan skrin boleh gulung yang kemudiannya dijual tahun ini sebagai Lenovo ThinkBook Plus Gen 6. Maka boleh diramalkan ia hanya akan ke pasaran dalam masa 2-3 tahun lagi.



Source link