Malaysia Oversight

OpenAI Perkenal ChatGPT Projects Untuk Para Pengguna Pelan Percuma

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Perkenal ChatGPT Projects Untuk Para Pengguna Pelan Percuma


OpenAI Perkenal ChatGPT Projects Untuk Para Pengguna Pelan Percuma

September 4, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Selepas hanya menawarkan ChatGPT Projects untuk pelanggan berbayar, kini OpenAI turut memperluaskan ciri berkenaan kepada para pengguna pelan percuma. Ia hadir dengan beberapa had, tetapi memberikan para pengguna pelan percuma pengalaman menguruskan projek menggunakan ChatGPT, dan mungkin menaik-taraf pelan jikalau meminatinya.

ChatGPT Projects Percuma

Menggunakan ChatGPT Projects, ia membolehkan pengguna menguruskan penggunaan ChatGPT khusus untuk sesuatu subjek, sekaligus memberikan output yang lebih baik untuknya.

Untuk pengguna percuma, ChatGPT Projects menawarkan kebolehan memuat-naik sehingga 5 fail sahaja, sementara pengguna ChatGPT Plus boleh muat-naik sehingga 25 fail atau dokumen.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh mengakses ChatGPT Projects di web, atau aplikasi mudah-alih secara percuma.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link