Malaysia Oversight

Mozilla Melanjutkan Sokongan Firefox Untuk Windows 7 Sehingga Mac 2026

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Mozilla Melanjutkan Sokongan Firefox Untuk Windows 7 Sehingga Mac 2026



Mozilla Logo 2024

Mozilla Melanjutkan Sokongan Firefox Untuk Windows 7 Sehingga Mac 2026

September 4, 2025
Perisian

Aman

Mozilla melalui kemaskini pada halaman mereka, kini menyatakan telah bersetuju untuk melanjutkan sokongan untuk Firefox ESR 115 bagi pengguna Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 sehingga Mac 2026 kelak.

Mozilla turut menekankan mereka akan menilai-kembali keputusan ini pada Februari 2026 kelak, dan mengumumkan ketika itu sama ada meneruskan sokongan atau menamatkan sokongannya.

Dengan penawaran ini, Mozilla menjadi salah satu pelayar web utama yang terus menawarkan kemaskini sekuriti untuk pengguna Firefox di Windows 7, Windows 8 dan juga Windows 8.1. Sokongan untuknya telah ditamatkan ramai sejak Januari 2023 yang lepas, dan Mozilla dilihat antara yang meneruskan sokongan untuk pengguna di platform tersebut.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link