Malaysia Oversight

Acer TravelMate X 14 AI Diperkenalkan Sebagai Komputer Riba Bisnes Berkuasa Dan Tahan Lasak

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 2 minute
Acer TravelMate X 14 AI Diperkenalkan Sebagai Komputer Riba Bisnes Berkuasa Dan Tahan Lasak


Acer TravelMate X 14 AI Diperkenalkan Sebagai Komputer Riba Bisnes Berkuasa Dan Tahan Lasak

September 4, 2025
Acer

Nazrin

Acer TravelMate boleh dikatakan salah satu diantara model komputer riba yang sudah lama dikenali ramai di Malaysia. Sewaktu acara Next@Acer di Berlin, mereka telah memperkenalkan Acer TravelMate X 14 AI, iaitu sebuah komputer riba kelas bisnes yang padat dan hadir dengan spesifikasi hebat dan boleh dikatakan agak tahan lasak.

image 23

Acer TravelMate X 14 AI ini hadir dengan pilihan paparan OLED ataupun IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi WUXGA (1920×1200) dan nilai kecerahan 500 nit yang digabungkan bersama teknologi AI seperti Acer Purified View 2.0 dan Acer Purified Voice 2.0 yang digandingkan bersama-sama pembesar suara dengan teknologi DTS:X untuk panggilan video dan suara yang jelas.

image 19

Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 258V dengan memori LPDDR5X sebanyak 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Spesifikasi ini membenarkan komputer riba ini menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11 Pro dengan ciri-ciri pintar yang diperlihatkan melalui CoPilot+.

image 20

Rangka komputer riba ini juga diperbuat dari aluminum dan hadir dengan rekaan setebal 15.9mm dengan berat 1.27KG sahaja, menjadikan komputer riba ini sebagai sebuah mesin kerja yang nipis. ringan dan berkuasa.

Selain daripada itu, ia juga telah melepasi ujian MIL-STD 810H yang bermakna bahawa komputer riba TravelMate X 14 AI ini ialah tahan getaran, kelembapan dan suhu yang melampau, menjadikannya cukup berguna untuk pelbagai jenis sektor pekerjaan.

Dari segi sokongan palam pula, komputer riba ini dilihat hadir dengan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam gigabit Ethernet. Ia juga hadir dengan sokongan untuk sambungan nirwayar WiFi 7 dan Bluetooth 5.4.

Acer mengatakan bahawa komputer riba Acer TravelMate X 14 AI ini akan tiba di pasaran-pasaran terpilih bermula September ataupun suku keempat tahun ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link