Malaysia Oversight

Kerajaan Sedang Membangunkan Model AI Bahasa Melayu dan Islamik Di Bawah Inisiatif RMK13

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Sedang Membangunkan Model AI Bahasa Melayu dan Islamik Di Bawah Inisiatif RMK13


Sedang Membangunkan Model AI Bahasa Melayu dan Islamik Di Bawah Inisiatif RMK13

September 4, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Malaysia kini sedang membangunkan Model Bahasa Raya Nasional (NLLM) yang beroperasi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Ia dibangunkan bagi tujuan memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan data negara, serta mengurangkan pergantungan kepada syarikat asing.

NLLM ialah inisiatif yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang selari dengan visi Perdana Menteri Ibrahim menjadikan Malaysia ke arah negara berasaskan kecerdasan buatan (AI)

Malaysia Data

Dalam jawapan di Parlimen, Timbalan Menyeri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata NLLM dibangunkan menerusi kerjasama pemain industri, universiti tempatan dan syarikat tempatan. Pada waktu sama cadangan untuk membangunkan sistem AI Islamik juga akan dikaji semula dengan pihak berkaitan, termasuk JAKIM (Jabatan Kemajuan Malaysia), sejajar dengan matlamat membina AI beretika berasaskan nilai Malaysia.

Sudahpun wujud beberapa LLM dalam Bahasa Melayu seperti Ilmu oleh YTL dan MaLLaM oleh Mesolitica. Dalam arena LLM islamik pula, Zetrix NurAI baru sahaja dilancarkan sementara Humain melancarkan model AI Bahasa Arab yang memahami agama serta budaya paling maju pernah dihasilkan.

Bernama

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link