Instagram Memperkenalkan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk iPad
Aman
Selepas 15 tahun sejak Instagram diperkenalkan, kini akhirnya Meta memilih untuk memperkenalkan penawaran platform sosial memfokuskan perkongsian gambar dan video tersebut untuk paparan skrin tablet Apple, iaitu iPad. Bermula hari ini, pengguna iPad boleh memuat-turun Instagram untuk iPad.

Pada skrin iPad, apabila pengguna membuka Instagram, ia akan membawa pengguna terus ke perkongsian Reels terlebih dahulu. Dengan langkah ini, Instagram memfokuskan kepada perkongsian kandungan ria dan hiburan melaluinya terlebih dahulu berbanding dengan perkongsian kandungan daripada rakan dan keluarga.
Instagram untuk iPad boleh digunakan pada iPad yang menjalankan iPadOS 15.1 dan terkini. Pihak Meta turut menjanjikan yang mana versi tablet untuk platform Android turut akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.