Malaysia Oversight

Streameast, Platform Penstriman Cetak Rompak Sukan Terbesar Dunia Dilumpuhkan Pihak Berkuasa

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 1 minute
Streameast, Platform Penstriman Cetak Rompak Sukan Terbesar Dunia Dilumpuhkan Pihak Berkuasa


Streameast, Platform Penstriman Cetak Rompak Sukan Terbesar Dunia Dilumpuhkan Pihak Berkuasa

September 3, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Perkhidmatan penstrimam cetak rompak acara sukan terbesar dunia, Streameast telah berjaya dilumpuhkan pihak berkuasa. Pihak Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir dari Julai 2024 hingga Jun 2025 bagi mencari pihak yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan ini.

Streameast Logo Cetak Rompak

Streameast dilawati oleh 1.6 bilion pengguna tahun lalu menerusi 80 domain. ia menawarkan penstriman percuma siaran langsung liga bola sepak utama Eropah, liga UEFA, kelayakan Piala Dunia, UFC, tinju, NFL, NBA, NHL, Formula 1 dan banyak lagi kepada penonton secara haram.

Selain menangkap pengendali, pihak berkuasa juga merampas komputer, telefon pintar, wang tunai dan dompet kripto milik suspek. Perkhidmatan penstrimam cetak rompak acara sukan terbesar dunia, Streameast menggunakan syarikat proksi di UAE untuk menyalurkan pendapatan pengiklanan haram yang dijana oleh laman.

Laman Streameast apabila diakses hari ini akan memaparkan pautan kepada pelawat untuk menstrim acara sukan yang ingin ditonton menggunakan platform penstriman rasmi.

Alliance for Creativity and Entertainment

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link