Malaysia Oversight

Anthropic Kini Dinilaikan $183 Bilion – Syarikat Sebalik Claude AI

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 1 minute
Anthropic Kini Dinilaikan $183 Bilion – Syarikat Sebalik Claude AI



Anthropic Claude 3.5 Sonnet Baharu Okt 2024 3

Anthropic Kini Dinilaikan $183 Bilion – Syarikat Sebalik Claude AI

September 3, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Anthropic kini telah pun meraih suntikan dana terbaharu berjumlah $13 bilion. Suntikan dana ini sekaligus menilaikan syarikat kecerdasan buatan berkenaan pada nilai $183 bilion.

Anthropic sedia terkenal dengan penawaran Claude, dan turut popular dalam kalangan pembangun dalam menggunakan integrasi Claude untuk sempoicara, dan beberapa penggunaan lain.

Suntikan dana terbaru ini dijangka akan digunakan dalam memperluaskan lagi penawaran perusahaan oleh Anthropic, selain membuat kajian melibatkan keselamatan dalam arena kecerdasan buatan. Kali terakhir Antrophic meraih suntikan dana adalah pada bulan Mac 2025 lepas, pada nilai $61.5 bilion. Suntikan dana terbaru ini memperlihatkan syarikat berkenaan meningkat nilainya tiga kali ganda dalam tempoh kurang setahun ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link