IQOO Neo 10 Kini Boleh Didapati Dalam Warna Jingga Dan Berharga RM1899
Amy Maizuraa
IQOO Neo 10 kini hadir dalam pilihan warna baharu dinamakan sebagai Blazing Orange. Melaluinya, warna jingga menyerlah digunaan bersama kemasa bercorak abstrak ringkas di bahagian belakang. Menurut IQOO, ia juga diinspirasikan daripada konsep nyalaan api sebagai simbol kekuatan dalam dunia permua.

Blazing Orange Limited Edition ini tidak membawa sebarang perubahan dari segi perkakasan bermakna spesfikasi masih sama seperti versi terdahulu. Ia termasuklah skrin AMOLED 6.78-inci 1.5K 120Hz, cip Snapdragon 8s Gen 4, memori 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Ia menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15, dilengkapi kamera utama 50MP dan bateri besar 7000mAh.

Peranti ini dijual pada harga RM1,899 bermula 4 September 2025 dan boleh didapati secara atas talian melalui platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Setiap pembelian disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM528 termasuk jaminan pelindungan selama setahun, perlindungan skrin retak selama 180 hari dan sepasang sarung jari IQOO Gaming Finger Sleeves.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.