Malaysia Oversight

Pos Malaysia Meluaskan Liputan EV Dengan 136 Van Elektrik Baharu – Jumlah Van Kini Mencapai 400 Unit

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Pos Malaysia Meluaskan Liputan EV Dengan 136 Van Elektrik Baharu – Jumlah Van Kini Mencapai 400 Unit


Pos Malaysia Meluaskan Liputan EV Dengan 136 Van Elektrik Baharu – Jumlah Van Kini Mencapai 400 Unit

September 3, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Pos Malaysia Berhad memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan penambahan sebanyak 136 unit van elektrik Maxus eDeliver 3 ke dalam armada penghantarannya. Kenderaan ini diperoleh melalui kerjasama strategik bersama Weststar Maxus dan rakan pajakan utama Yinson GreenTech.

1

Penambahan sebanyak 136 unit van elektrik Maxus eDeliver 3 tersebut menjadikan jumlah keseluruhan armada kenderaan elektrik Pos Malaysia kini mencecah 1,652 unit merangkumi 1,252 motosikal elektrik dan 400 van elektrik. Dengan angka ini, Pos Malaysia muncul sebagai pengendali armada EV terbesar dalam sektor logistik negara setakat ini.

4. a

Van baharu ini akan mula beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di Malaysia Timur sekali gus memperluas perkhidmatan penghantaran berasaskan EV ke seluruh negara. Setiap van ini dijangka mengurangkan sehingga 1.11 tan karbon dioksida setahun dan menyumbang kepada pengurangan jejak karbon operasi.

5

Langkah ini menyokong sasaran Pos Malaysia untuk menggunakan EV sepenuhnya bagi laluan pertama dan terakhir menjelang 2030. Matlamat jangka panjangnya ialah mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Armada EV Pos Malaysia itu sendiri telah mencatat lebih 7.2 juta kilometer penghantaran tanpa emisi bersamaan dengan 179 kali mengelilingi bumi.

4. b

Van Maxus eDeliver 3 disewa melalui Yinson GreenTech yang turut menyediakan sokongan selepas jualan, penyelenggaraan berkala serta teknologi pintar seperti mengoptimumkan laluan dan papan pemuka armada. Teknologi ini membolehkan pemantauan masa nyata terhadap prestasi kenderaan sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.

2

Sebelum ini, Yinson GreenTech telah membekalkan 143 unit van elektrik CAM EC35 kepada Pos Malaysia pada tahun 2024 melalui perkhidmatan pajakan EV pintar yang merangkumi sokongan teknikal dan pengecasan di depot seluruh negara. Inisiatif ini boleh mengukuhkan lagi kedudukan Pos Malaysia dalam menerajui langkah ke arah masa depan yang lestari melalui pelbagai inisiatif terkini dan berterusan.

3

Dalam pada itu, Pos Malaysia turut merancang untuk memperluas lagi armada EV menjelang 2026 termasuk meneroka kerjasama dalam infrastruktur pengecasan tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan laluan pintar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link