Tecno Spark Slim dan Pova Slim 5G Ialah Dua Peranti Kelas Permulaan Ternipis Dunia
Effi Saharudin
Tecno Spark Slim dan Tecno Pova Slim 5G akan dilancarkan di IFA Berlin dalam masa beberapa sahaja lagi. Kedua-duanya bajkal menjadi telefon kelas permulaan paling nipis di dunia. Kita mulakan dahulu dengan Tecno Spark Slim yang hanya setebal 5.92mm dengan skrin AMOLED 144Hz, dijana cip Helio G200, kamera utama 50MP dan bateri 5,160mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Tecno Pova Slim 5G pula setebal 5.95mm, dengan skrin AMOLED 144Hz, dijana cip Dimensity 6400, kamera utama 50MP dan bateri 5,160mAh yang menyokong pengecasan 45W. Perbezaan antara kedua-dua model ialah Pova Slim 5G menyokong 5G manakala Spark Slim masih sekadar 4G. Satu lagi kelebihan Pova Slim 5G ialah lampur LED di belakang yang boleh diperibadikan untuk kelihatan seperti mata.

Kedua-dua peranti nipis ini melepasi piawaian IP64, menggunakan sistem operasi HiOS berasaskan Android 15 dan mempunyai sistem penyejukan kebuk wasap. Walaupun tubuh peranti amat nipis, kapasiti bateri yang digunakan adalah besar. Galaxy S25 Edge yang setebal 5.8mm hanya dilengkapi bateri 3900 mAh.
Maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan juga harga jualan akan diumumkan semasa acara pelancaran pada 4 September.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.