ChatGPT Memperkenalkan Ciri Keselamatan Untuk Pengguna Remaja Menjelang Penghujung 2025
Effi Saharudin
OpenAI akan memperkenalkan ciri keselamatan untuk pengguna remaja dan mereka yang mempunyai tekanan emosi menjelang penghujung 2025. OpenAI menerangkan mereka telah mengambil input daripada pakar kesihatan mental dan doktor mengenai cara terbaik menangani isu kesihatan mental pengguna sehingga telah wujud kes membunuh diri dan membunuh lantas membunuh diri.

Bagi ibu pada dan penjaga, ciri kawalan penggunaan anak-anak akan diperkenalkan bulan ini. Mereka boleh mengawal penggunaan ChatGPT dengan mematikan ciri memori atau melihat perbualan yang pernah dilakukan sebelum ini.
ChatGPT juga akan memberikan jawapan yang hanya sesuai untuk pengguna bawah umur. Ibu bapa dan penjaga turut akan menerima notifikasi apabila ChatGPT mengesan pengguna sedang mengalami tekanan emosi.
Bagi pengguna dewasa pula, ChatGPT akan berubah menggunakan model GPT‑5-thinking apabila mengesan perbualan yang mengarah kepada ingin membunuh diri. GPT‑5-thinking boleh memberikan jawapan yang lebih membantu serta berguna kepada pengguna dengan tekanan mental.
Kesemua usaha untuk menjadikan ChatGPT lebih selamat digunakan pengguna dengan kesihatan metal telahpun dimulakan oleh OpenAI dengan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.