Malaysia Oversight

OnePlus 15 Sekali Lagi Dikatakan Tidak Dilengkapi Kamera Hasselblad

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
OnePlus 15 Sekali Lagi Dikatakan Tidak Dilengkapi Kamera Hasselblad


OnePlus 15 Sekali Lagi Dikatakan Tidak Dilengkapi Kamera Hasselblad

September 2, 2025
OnePlus
Oppo

Effi Saharudin

Jun lalu kami melaporkan ura-ura OnePlus 15 tidak akan hadir dengan sistem kamera Hasselblad yang diperkenalkan sejak OnePlus 9. Hari ini Smartprix melaporkan sistem Hasselblad bukan sahaja tidak digunakan malahan akan digantikan dengan sistem baharu yang diberi nama Image Engine.

Kerjasama asal Hasselblad dan OnePlus adalah untuk tempoh 4.5 tahun yang akan berakhir tahun ini. Sejak perjanjian dilakukan, kamera Hasselblad juga digunakan pada peranti mercu Oppo seperti siri Find. Oppo dipercayai melakukan kajian dan pembangunan sistem kamera kendiri sama seperti yang dilakukan oleh Huawei dengan Xmage.

OnePlus 10 Pro

Penggunaan sistem kamera tersendiri juga akan meletakkan mereka sama seperti , Samsung dan Google yang tidak pernah bekerjasama dengan syarikat luar pada kamera peranti mereka. Adalah menarik untuk melihat sama ada OnePlus 15 kelak akan benar-benar mengucapkan selamat tinggal kepada Hasselblad. Walaupun Hasselblad menarik, saya merasakan ia tidak cukup unik jika dibandingkan dengan kamera Xiaomi dan Vivo yang masing-masing bekerjasama dengan Leica dan Zeiss.

Hasselblad kini lebih sinonim dengan DJI sejak kebelakangan ini kerana penggunaan sensor serta lensa yang lebih baik jika dibandingkan dengan pada telefon pintar. Jika ura-ura ini benar, OnePlus dan Oppo perlu memastikan Image Engine adalah lebih baik daripada sistem kamera sebelum ini jika ingin kekal kompetitif.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link