Malaysia Oversight

Kerajaan sasar 55 projek tebatan banjir baharu menjelang 2030

By TheSun in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan sasar 55 projek tebatan banjir baharu menjelang 2030


KUALA LUMPUR: mensasarkan 55 projek tebatan banjir baharu dapat disiapkan menjelang 2030 berbanding hanya 17 projek yang disiapkan sehingga 2024.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sasaran tersebut merupakan antara lima sasaran utama di bawah agenda pengukuhan mitigasi dan adaptasi banjir dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menekankan pelaksanaan semua strategi akan dipantau secara telus dan sistematik untuk memastikan manfaat dinikmati rakyat.

Sasaran lain termasuk melindungi tambahan 846,000 penduduk daripada bencana banjir kepada satu juta orang berbanding 154,000 sebelum ini.

Kawasan seluas 1,400 kilometer persegi juga akan dilindungi dalam tempoh terbabit.

Pembinaan empat kolam takungan dwifungsi serta pembangunan 12 lembangan sungai bersepadu baharu akan dimulakan dalam tempoh RMK13.

Fadillah mengakui pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani bencana banjir termasuk pendekatan berasaskan struktur dan bukan struktur.

Isu dan cabaran masih wujud terutama kerencaman pembangunan infrastruktur banjir dengan kos tinggi serta langkah adaptasi dan tadbir urus tidak bersepadu.

Kementeriannya sentiasa berdepan cabaran dalam melaksanakan projek pembangunan sektor air yang menjadi penghalang kepada kepesatan projek.

Antara cabaran utama ialah isu pengambilan tanah persendirian di sepanjang jajaran sungai yang memerlukan kerjasama erat negeri.

Kerja pengalihan utiliti juga menjadi faktor kekangan kepada kemajuan pelaksanaan projek.

PETRA telah mewujudkan pasukan petugas khas bagi menangani isu operasi dan pelaksanaan di tapak. – Bernama



Source link