Malaysia Oversight

Polis tahan pemandu mabuk langgar empat kenderaan

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Polis tahan pemandu mabuk langgar empat kenderaan


Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat kenderaan diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah rumah ibadat di Jalan Kenari, Bayan Lepas di Balik Pulau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata lelaki berusia 55 tahun yang memandu kereta Honda Accord ditahan di Jalan Kenari pada 11.55 malam.

“Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bernama



Source link