Malaysia Oversight

‘Pelawaan PAS kepada MIC, MCA sertai PN perkembangan positif’

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
'Pelawaan PAS kepada MIC, MCA sertai PN perkembangan positif'


Setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali hari ini menyifatkan laporan berhubung tawaran kepada komponen , MCA dan , untuk menyertai gabungan pembangkang itu sebagai “perkembangan positif” menjelang pilihan raya umum ke-16.

Azmin, yang juga setiausaha agung Bersatu, berkata PN mengalu-alukan mana-mana parti politik atau individu yang mendukung idealisme serta perjuangan gabungan itu untuk “memperbetulkan keadaan yang semakin rosak dalam negara.

“Sudah tentu dengan gabungan pengalaman dan ilmu yang ada di kalangan parti-parti khususnya MCA dan , ianya dapat memperkukuhkan lagi tapak sokongan rakyat kepada PN mahupun gabungan PN bersama parti-parti lain dalam kerjasama politik menjelang pilihanraya akan datang.

“Ini perkembangan yang positif dan kita alu-alukan semua pihak untuk melihat kepentingan negara dan rakyat itu diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

Di tengah-tengah ketidak puasan hati dalam dan MCA, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad lalu, menjemput kedua-dua parti sekutu BN itu untuk bergabung, sambil mengambil maklum kekecewaan mereka kerana dibiarkan tanpa perwakilan dalam .



Source link