Malaysia Oversight

KLIA Mula Menguji Sistem VAMS Untuk Kawal Trafik Di Laluan Hadapan Terminal

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
KLIA Mula Menguji Sistem VAMS Untuk Kawal Trafik Di Laluan Hadapan Terminal


KLIA Mula Menguji Sistem VAMS Untuk Kawal Trafik Di Laluan Hadapan Terminal

September 2, 2025
Pengangkutan

Amy Maizuraa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memulakan ujian sistem baharu dikenali sebagai Vehicle Access Management System (VAMS) sejak 1 September lalu. Tujuan utama adalah untuk melancarkan aliran trafik di kawasan hadapan terminal dan meningkatkan keselamatan pengguna.

Malaysia Airports Holding Berhad MAHB 1
Sumber Gambar – Facebook Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB)

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) memaklumkan bahawa ujian sistem di Terminal 1 sedang dijalankan dari 1 September hingga 31 November 2025. Ujian ini melibatkan dua lokasi utama iaitu aras 5 (balai pelepasan) dan aras 3 (balai ketibaan). Bagi Terminal 2 pula, ujian akan bermula pada 15 September dan berakhir pada 30 November 2025.

Sistem baharu ini menggunakan palang automatik untuk mengawal keluar masuk kenderaan mengikut had masa yang ditetapkan. Apabila kenderaan masuk ke kawasan terminal, sistem akan merekod waktu ketibaan dan keluar secara automatik menggunakan kamera dan sensor.

Malaysia Airports Holding Berhad MAHB 2 edited
Sumber Gambar – Facebook Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB)

Sepanjang tempoh percubaan, pengguna diberi masa 10 minit secara percuma untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Jika melebihi tempoh tersebut, pergerakan kenderaan akan dipantau tetapi tiada caj dikenakan buat masa ini.

Pengguna tidak perlu melakukan sebarang pendaftaran kerana sistem ini berfungsi secara automatik tanpa memerlukan sentuhan. Apa yang penting, pengguna digalakkan untuk merancang pergerakan dengan baik agar tidak mengambil masa terlalu lama di kawasan tersebut.

Malaysia Airports Holding Berhad MAHB 4

Walaupun tiada caj dikenakan buat masa ini, segala data yang direkodkan akan digunakan untuk menganalisis corak trafik dan memahami tingkah laku pemandu. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan sistem ini sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link