Malaysia Oversight

Proton pertonton e.MAS 5 pada perbarisan Hari Kebangsaan

By Utusan in September 2, 2025 – Reading time 2 minute
Proton pertonton e.MAS 5 pada perbarisan Hari Kebangsaan


PETALING JAYA: Proton e.MAS 5, kenderaan elektrik (EV) mampu milik negara, buat julung kali dipertontonkan kepada umum pada Perbarisan Hari Kebangsaan di

Model berkenaan mengetuai perbarisan dengan balutan pelekat khas yang diinspirasikan daripada semangat, keberanian dan kemajuan Malaysia sejak merdeka, sekali gus menjadi simbol perpaduan dan langkah ke hadapan. 

Kemunculan e.MAS 5 turut disertai konvoi 12 unit e.MAS 7 yang dipandu sendiri oleh pemiliknya, mencerminkan sokongan rakyat terhadap penggunaan EV.

Dijadual dilancarkan pada suku keempat 2025, e.MAS 5 ialah model kedua di bawah jenama Proton e.MAS yang diperkenalkan pada 2023, dibangunkan dengan fokus kepada harga mampu milik serta ciri praktikal bagi memberi lebih ramai rakyat peluang memiliki EV.

Walaupun bersaiz kompak dalam segmen-B hatchback, ruang dalaman e.MAS 5 sebanding kereta segmen C, dilengkapi 32 ruang simpanan serta bonet hadapan berkapasiti 70 liter, terbesar dalam kelasnya serta dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih untuk meningkatkan aspek keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, e.MAS 5 adalah bukti komitmen Proton untuk menjadikan mobiliti hijau lebih mudah dicapai rakyat.

“e.MAS 7 sudah membuktikan negara bersedia menuju mobiliti hijau dan kini e.MAS 5 menjadikannya lebih dekat serta mudah dimiliki. 

“Melihat kedua-dua model ini diraikan di Perbarisan Merdeka adalah satu detik membanggakan, bukan sahaja untuk Proton dan Pro-Net, tetapi juga untuk seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

e.MAS 5 kini dalam siri jelajah e.MAS Tour MISI 5 ke seluruh negara, memberi peluang rakyat melihat lebih dekat model hatchback EV berkenaan sebelum pelancaran rasminya.

Kemunculannya di acara itu pula menjadi saat bersejarah, apabila rakyat akhirnya dapat melihat sendiri model ini, menghidupkan rasa bangga dan harapan baharu untuk masa depan mobiliti Malaysia.

Saat Jalur Gemilang berkibaran di Dataran , Proton e.MAS 5 tampil sebagai lambang kebanggaan dan kemajuan negara, sebuah kereta yang direka untuk rakyat, dibina untuk negara dan memacu Malaysia menuju masa depan elektrik. – UTUSAN





Source link