POCO C85 Dengan Bateri 6000mAh Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM439
Aman
Poco kini membawa satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu telefon dengan spesifikasi asas, Poco C85. Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6.9-inci dan juga bateri 6000mAh, pada harga bermula RM439.

Poco C85 ini hadir dengan skrin besar 6.9-inci HD+ dengan sokongan kadar segar semula antara 60Hz ke 120Hz berasaskan aktiviti aplikasi yang digunakan, dikuasakan cip MediaTek Helio G81-ultra, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.
Untuk bahagian kamera, ia menyertakan kamera utama 50-megapixel dibelakang, selain kamera utama 8-megapixel. Melengapkan peranti ini juga adalah sokongan bicu audio 3.5mm, selain kalis air IP64.
Poco C85 ini menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2, yang turut hadir dengan integrasi Google Gemini dan juga Circle To Search.
Di Malaysia, Poco C85 6GB + 128GB ditawarkan pada harga RM439, sementara POCO C85 8GB +256GB pada harga RM499. Kedua-duanya turut ditawarkan pada harga promosi masing-masing RM399 dan RM459 sehingga 16 September 2025 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.