Bandar raya Kota Kinabalu hampir lumpuh pada petang semalam apabila dua acara utama berlangsung serentak dengan menarik puluhan ribu orang dari seluruh ibu negeri Sabah itu.
Kerajaan negeri menganjurkan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, manakala himpunan “Justice for Zara 2.0” turut berlangsung.
Ketiga-tiga acara tersebut menarik perhatian, namun himpunan solidariti untuk Zara Qairina Mahathir lebih paling menonjol, dari segi bilangan peserta mahupun kepentingan.
Lalu lintas di seluruh kawasan pusat perniagaan bandar raya itu sesak selama berjam-jam. Cuti umum dan hujung minggi pula memberi ruang kepada ramai orang untuk hadir.
Hari Sabah diwartakan secara rasmi pada 2024 bagi memperingati perjalanan Negeri di Bawah Bayu itu ke arah pemerintahan sendiri pada 31 Ogos 1963, hanya beberapa minggu sebelum Malaysia ditubuhkan.
Walaupun sepatutnya saling melengkapi, sambutan tahun ini berlangsung dalam bayang-bayang gerakan akar umbi yang menuntut keadilan bagi Zara Qairina yang meninggal dunia di sekolahnya dan didakwa terkait dengan isu jenayah.
Terdahulu, ribuan orang berbaris di sepanjang Jalan Tun Fuad bagi menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan dengan kehadiran yang lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.
Menjelang petang, sempena sambutan Hari Sabah di Padang Merdeka juga hanya menarik kehadiran orang ramai pada kadar sederhana.
Kedua-dua acara rasmi tersebut menyaksikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, Ketua Menteri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan, serta anggota kerajaan negeri yang lain.
Serlahkan kegagalan sistem
Namun, kira-kira 4km puluhan ribu orang ramai membanjiri kawasan tempat letak kereta berdekatan Kompleks Sukan Likas untuk menyertai himpunan Justice for Zara.
Perhimpunan sama turut diadakan serentak di Lahad Datu, Sandakan, dan Tawau menguatkan lagi tanggapan bahawa gerakan menuntut keadilan buat Zara Qairina telah meluas sejak ia bermula pada awal Ogos lalu.
Pemerhati menyatakan bahawa perbezaan ketara dalam kehadiran mungkin dipengaruhi oleh slogan “Tiada keadilan, tiada Merdeka” yang tersebar luas di media sosial menjelang cuti tersebut.
“Tahun ini, jumlah orang tak seramai tahun lepas. Mungkin sebab perhimpunan Zara.
“Tahun lepas saya pergi sambutan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan, tapi kali ini perhimpunan itu sangat besar dan viral di media sosial,” kata seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Aisyah kepada Malaysiakini.
Sementara itu seorang lagi peserta yang hadir dalam perhimpunan di Likas, Ahmad Syukri, 29, menekankan bahawa himpunan terbabit bukan sekadar bilangan kehadiran.

“Apa yang penting ialah mesejnya. Perhimpunan untuk Zara lebih bermakna kerana ia menyerlahkan kegagalan sistem.
“Kami mahukan Sabah dan Malaysia yang adil dan saksama, tiada kanak-kanak sepatutnya mati begini,” katanya.
Zara Qairina meninggal dunia di hospital pada 17 Julai selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah pada jam 4 pagi hari sebelumnya.
Kematiannya mencetuskan kesedihan, kemarahan, dan persoalan mendesak terhadap pihak yang terlibat yang gagal bertindak meskipun pelbagai aduan telah dibuat.
Di media sosial, tanda pagar #JusticeForZara tular dengan cepat, melibatkan kumpulan belia, ibu bapa, dan pejuang hak asasi.
Bawa makna mendalam
Di Padang Merdeka, Hajiji yang berucap sempena Hari Sabah mempertahankan pelan pembangunan lima tahun kerajaan, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Semua janji dan perancangan di bawah agenda SMJ telah dilaksanakan. Walaupun ada kritikan dan tuduhan, kerajaan ini tetap teguh melaksanakan mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.
Menurut Hajiji, pelan rancangan itu telah membantu Sabah keluar daripada krisis ekonomi paling teruk pada 2020.
“Sabah kini muncul sebagai negeri yang sedang pesat membangun.
“Daripada hanya bergantung kepada sumber asli, kita kini sedang mengembangkan sektor pelancongan, perladangan, perhutanan dan petroleum sebagai pemacu utama ekonomi,” tambahnya.

Hajiji turut menekankan pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan belia.
“Lebih RM1.3 bilion dibelanjakan dari 2021 hingga 2024 untuk pembangunan pendidikan dan belia.
“Pelaburan ini memastikan generasi muda Sabah memiliki pengetahuan, kemahiran dan daya saing untuk menghadapi masa depan,” katanya dengan mengakhiri ucapan dengan seruan untuk bersatu padu.
Dia juga menegaskan bahawa tema Hari Sabah tahun ini ialah Untukmu Sabah Tanah Airku yang membawa makna yang mendalam.
“Mari kita bersama-sama memastikan Sabah terus maju, makmur dan bersatu,” katanya.
Kitingan pula mengambil nada yang lebih reflektif dalam ucapannya.
“Kita tidak boleh berpecah seperti dalam dulu kerana perpecahan telah menyebabkan kita dijajah.
“Jika kita mahu kebebasan dalam segala hal, termasuk dalam pemikiran, kita mesti bersatu, bekerjasama dan berjuang,” katanya.