Oppo A6 Max Dilancarkan Dengan Bateri 7000 mAh
Effi Saharudin
Oppo A6 Max dilancarkan di China dengan ia sebuah lagi telefon pintar yang dilengkapi bateri sebesar 7000 mAh. Selain bateri yang besar, ia turut menyokong pengecasan pantas 80W. Ini dipadankan dengan skrin 6.8″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 7 Gen 3, memori sebesar 8GB RAM dan storan pula sebesar 256GB.

Kamera utama terdiri daripada sensor 50MP sudut lebar dan 2MP kedalaman sementara kamera swafoto pula sebesar 32MP. Ciri menarik lain pada A6 Max ialah kemampuan kali air serta debu IP69 dan skrin yang boleh digunakan walaupun dalam keadaan basah serta menggunakan Crystal Shield Glass.
Di China Oppo A6 Max dilancarkan pada harga RMB 1,599 (~RM 1020) sebuah dalam warna biru dan putih. Peranti mungkin akan dipasarkan ke luar China menggunakan nama yang berbeza.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.